Buka app Kata Laluan iCloud dan daftar masuk

Anda perlu mendaftar masuk ke app Kata Laluan iCloud untuk melihat kata laluan anda. Anda juga perlu mendaftar masuk semula selepas tiada aktiviti dikesan.

  1. Pilih menu Mula > Kata Laluan iCloud.

    Jika anda tidak melihat Kata Laluan iCloud, klik "Semua app".

  2. Klik Daftar Masuk, kemudian daftar masuk dengan Windows Hello anda.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Microsoft Konfigurasikan Windows Hello.