Foto iCloud

Apabila anda menyediakan peranti anda untuk menggunakan Foto dengan iCloud, anda boleh menghidupkan ciri Foto iCloud (sebelum ini dipanggil Pustaka Foto iCloud).

Dengan Foto iCloud, semua foto dan video dari peranti anda disimpan dalam iCloud. Anda boleh mengaksesnya dari sebarang peranti yang anda telah mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama dan ciri Foto iCloud dihidupkan. Apabila anda mengedit, menyusun atau memadam foto atau video pada satu peranti, perubahan tersebut akan muncul pada semua peranti anda.

Foto dan video yang disimpan dalam Foto iCloud dikira dalam storan iCloud anda.

Untuk maklumat lanjut, lihat Pastikan foto dan video anda sentiasa terkini dengan Foto iCloud dan Sediakan Foto iCloud pada semua peranti anda dalam Panduan Pengguna iCloud.