Peringatan yang dikemas kini

Jika anda menaik taraf akaun anda dalam app Peringatan pada peranti dengan iOS 13, iPadOS 13, macOS 10.15 atau terkini, anda akan melihat peringatan yang dikemas kini di iCloud.com. Untuk mengetahui versi Peringatan anda, lihat satu daripada yang berikut:

  • Jika anda menggunakan peringatan yang dikemas kini, anda akan melihat butang Lagi di penjuru kanan atas setiap senarai peringatan.

  • Jika anda tidak menggunakan peringatan yang dikemas kini, anda akan melihat Pilihan di penjuru kanan atas setiap senarai peringatan.

Selepas anda menaik taraf, anda boleh melihat peringatan anda di iCloud.com dan pada peranti anda dengan iOS 13, iPadOS 13, macOS 10.15 atau terkini yang didaftar masuk dengan Apple ID yang sama. Jika anda juga mempunyai peranti dengan versi iOS atau macOS yang terdahulu, anda tidak akan melihat peringatan yang dikemas kini pada peranti tersebut.

Lihat artikel Sokongan Apple Menaik taraf app Peringatan dalam iOS 13 atau terkini.