App dan ciri untuk pengguna iCloud web sahaja
Akaun web sahaja membolehkan anda bekerjasama dalam talian menggunakan iCloud sekiranya anda tidak mempunyai peranti Apple.
Sekiranya anda mempunyai akses web sahaja ke iCloud, anda boleh mengakses app dan ciri yang berikut di iCloud.com:
Pada telefon: iCloud Drive, Nota dan Album Dikongsi dalam Foto
Pada tablet: Kenalan, iCloud Drive, Nota dan Album Dikongsi dalam Foto
Pada komputer: Kenalan, iCloud Drive, Keynote, Nota, Numbers, Pages dan Album Dikongsi dalam Foto
Tidak semua ciri tersedia di semua negara atau rantau. Untuk maklumat lanjut tentang akses web sahaja, lihat artikel Sokongan Apple Akses web sahaja ke iCloud.