Gunakan suasana untuk mengawal berbilang aksesori Rumah pada Mac
Suasana membenarkan anda mengawal berbilang aksesori sekali gus. Sebagai contoh, anda mungkin mentakrifkan suasana “Pembacaan” yang melaraskan lampu, menutup tirai dan melaraskan termostat. Rumah mempunyai beberapa suasana biasa yang telah ditakrifkan untuk anda, tetapi anda perlu mengeditnya sebelum ianya berfungsi.
Cipta suasana baru
Anda boleh mencipta suasana dan menambahkan aksesori padanya.
Dalam app Rumah pada Mac anda, klik , kemudian klik Tambah Suasana.
Taipkan nama untuk suasana (anda mungkin perlu mengklik Tersuai dahulu).
Anda juga boleh mengklik ikon lalai untuk memilih ikon berbeza.
Klik Tambah Aksesori, kemudian klik aksesori yang anda mahu tambahkan ke suasana. Klik Selesai, kemudian Selesai.
Jalankan suasana
Dalam app Rumah pada Mac anda, klik butang Rumah atau butang Bilik, kemudian klik suasana.
Edit suasana
Dalam app Rumah pada Mac anda, klik butang Rumah atau butang Bilik, dwiklik suasana, kemudian klik Seting.
Skrol ke bawah, kemudian klik Tambah atau Keluarkan Aksesori.
Klik aksesori untuk menambah atau mengeluarkannya daripada suasana. Klik Selesai, kemudian Selesai.
Jadikan suasana kegemaran
Secara lalai, lapan suasana pertama yang anda tambah ke Rumah disenaraikan sebagai kegemaran secara automatik, tetapi anda juga boleh menambah lebih banyak suasana sebagai kegemaran.
Dalam app Rumah pada Mac anda, pilih Paparan dalam bar menu, kemudian pilih bilik untuk menetapkan suasana.
Dwiklik suasana, klik Seting, kemudian klik Sertakan dalam Kegemaran.
Klik Selesai, kemudian klik butang Rumah.
Suasana muncul sebagai kegemaran.