Cipta dan simpan lagu dalam GarageBand untuk iPhone
Pertama kali anda membuka GarageBand, lagu baru dan kosong akan dicipta secara automatik. Anda boleh mencipta lagu-lagu baru untuk merakam dan menyusun muzik anda. Dalam pelayar Lagu Saya anda boleh menduplikasi, menamakan, menyimpan dan memadam lagu. Anda juga boleh membuat folder dan menambah atau membuang lagu-lagu dari folder.
Buka pelayar Lagu Saya
Ketik butang Navigasi dalam bar kawalan, kemudian ketik Lagu Saya.
Paparan Layari lalai menunjukkan lagu dalam lokasi semasanya pada iPhone anda. Ketik Terbaru berdekatan bahagian kiri bawah untuk menunjukkan lagu yang terbaru anda kerjakan.
Cipta lagu baru
Dalam pelayar Lagu Saya, lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik butang Tambah Lagu di bahagian kanan atas skrin.
Ketik Cipta Dokumen.
Pelayar Bunyi terbuka, di mana anda boleh memilih Instrumen Sentuh untuk digunakan dalam lagu.
Buka lagu yang berbeza
Di dalam pelayar Lagu Saya, leret sehingga anda menjumpai lagu yang anda ingin buka, kemudian ketik lagu. Untuk melihat lagu dalam folder, ketik folder tersebut.
Simpan lagu semasa
Anda menyimpan lagu semasa dengan membuka pelayar Lagu Saya. Ketik butang Navigasi dalam bar kawalan, kemudian ketik Lagu Saya. Untuk terus bekerja pada lagu, ketik sekali lagi dalam pelayar Lagu Saya.
Cipta folder lagu
Ketik butang Folder Baru .
Jika anda tidak melihat butang Folder Baru, sentuh dan tahan kawasan kosong dalam pelayar Lagu Saya dan seret ke bawah.
Gunakan papan kekunci untuk menaip nama untuk folder, kemudian ketik Selesai.
Alihkan lagu
Alihkan satu lagu ke dalam folder: Sentuh dan tahan lagu, kemudian seretnya ke dalam folder.
Alihkan berbilang lagu:
Ketik Pilih di bahagian kanan atas skrin, kemudian ketik lagu yang anda mahu alihkan.
Ketik butang Alih di bahagian bawah skrin.
Ketik ke lokasi Folder di mana anda mahu menyimpan lagu anda, kemudian ketik Alih di bahagian kanan atas skrin.
Apabila anda mengalihkan lagu ke iCloud Drive, salinan lagu dimuat naik ke iCloud Drive.
Nama semula lagu atau folder
Dalam pelayar Lagu Saya, sentuh dan tahan lagu atau folder, kemudian ketik Nama Semula.
Papan kekunci muncul dan nama muncul dalam medan nama dengan titik pemasukan.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik X di sebelah kanan medan nama untuk memadam nama yang sedia ada.
Seret titik sisipan ke kiri tempat di mana anda mahu mula menaip.
Gunakan papan kekunci untuk menaip nama baru, kemudian ketik Selesai.
Isih item dalam pelayar Lagu Saya
Anda boleh mengisih lagu dan folder dalam pelayar Lagu Saya mengikut nama, tarikh, saiz atau tag. Secara lalai, item diisih mengikut nama.
Sentuh dan tahan kawasan kosong dalam pelayar Lagu Saya dan seret ke bawah.
Ketik butang Nama, Tarikh, Saiz atau Tag.
Duplikasi lagu
Dalam pelayar Lagu Saya, ketik Pilih, kemudian ketik lagu yang anda mahu duplikasi.
Ketik butang Duplikasi .
Padam lagu
Dalam pelayar Lagu Saya, lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik Pilih, ketik lagu yang anda mahu padamkan, kemudian ketik butang Sampah .
Sentuh dan tahan lagu yang anda mahu padamkan untuk membuka menu pilihan, kemudian Ketik Padam.