Gunakan Apple Loops dan fail audio dengan Live Loops dalam GarageBand untuk iPad
Selain merakam, anda boleh menambah Apple Loops dan fail audio ke sel dalam baris Perakam Audio atau Amp pada grid, atau ke baris kosong. Jika lagu anda mempunyai grid kosong dan mempunyai rantai dalam paparan Tracks, anda boleh mengimport kesemua rantau daripada paparan Tracks ke grid Live Loops.
Tambahkan Apple Loops ke sel dalam baris Perakam Audio atau Amp
Ketik sel kosong, kemudian ketik Gelung.
Pelayar Gelung terbuka.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik butang Muat Turun untuk gelung yang anda mahu tambah.
Seret gelung daripada Pelayar Gelung ke sel kosong.
Jika gelung menampilkan instrumen selain instrumen yang digunakan pada asalnya oleh baris, ikon untuk baris berubah kepada ikon speaker.
Tambahkan Apple Loops ke baris kosong baru
Ketik butang Tambah Baris di bawah pengepala trek, kemudian ketik Gelung.
Pelayar Gelung terbuka.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik butang Muat Turun untuk gelung yang anda mahu tambah.
Seret gelung daripada Pelayar Gelung ke sel kosong.
Tambahkan fail audio ke sel dalam baris Perakam Audio atau Amp
Ketik sel kosong, kemudian ketik Gelung.
Pelayar Gelung terbuka.
Dalam Pelayar Gelung, ketik Fail Audio.
Pilih fail audio yang anda mahu tambahkan.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik butang Muat Turun untuk fail audio yang anda mahu tambah.
Seret fail audio daripada Pelayar Gelung ke sel kosong.