
Tukar seting Game Center pada Mac
Game Center ialah perkhidmatan permainan sosial Apple yang membolehkan anda berhubung dengan rakan, menjejak dan membandingkan skor serta pencapaian, bersaing dengan pemain lain dalam cabaran dan menjemput rakan ke permainan berbilang pemain.
Untuk membuka seting ini, pergi ke app Seting Sistem , kemudian klik Game Center
dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Jika perlu, daftar masuk ke Game Center dengan Akaun Apple anda.
Buka seting Game Center untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tunjukkan Profil | Lihat profil Game Center anda dalam app Apple Games. | ||||||||||
Sesuaikan Profil | Tukar nama panggilan atau avatar Game Center anda. | ||||||||||
Semua Rakan | Lihat senarai rakan Game Center anda dan jemput seseorang untuk menjadi rakan Game Center anda. | ||||||||||
Permintaan Rakan | Lihat senarai permintaan rakan aktif anda, hadkan permintaan rakan kepada kenalan anda dan jemput seseorang untuk menjadi rakan Game Center. | ||||||||||
Jemput Rakan | Jemput seseorang untuk menjadi rakan Game Center. | ||||||||||
Kongsi Senarai Rakan | Benarkan app untuk mengakses senarai rakan Game Center anda. | ||||||||||
Tunjukkan App | Lihat senarai app yang telah meminta akses kepada senarai rakan Game Center anda. Pilihan ini tersedia apabila Kongsi Senarai Rakan diaktifkan. | ||||||||||
Bantu Rakan Mencari Anda | Benarkan rakan Game Center anda untuk mengenal pasti anda dengan lebih mudah melalui alamat e‑mel dan nombor telefon yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda. | ||||||||||
Perkongsian Aktiviti | Tentukan orang yang boleh melihat profil, kemajuan pencapaian, kemas kini papan juara dan permainan yang anda mainkan baru-baru ini. Pilih Semua Orang, Rakan Sahaja atau Hanya Anda. Nota: Pengehadan umur untuk Perkongsian Aktiviti berbeza mengikut negara atau rantau. Di Amerika Syarikat, pilihan Perkongsian Aktiviti adalah terhad kepada Rakan Sahaja dan Hanya Anda untuk kanak-kanak di bawah usia 13 tahun. | ||||||||||
Pemain Berdekatan | Benarkan pemain Game Center berdekatan dalam permainan yang sama untuk menjemput anda ke permainan berbilang pemain melalui Wi-Fi atau Bluetooth. | ||||||||||
Pengecam | Reset pengecam yang digunakan untuk melaporkan statistik penggunaan Game Center kepada Apple. | ||||||||||
Daftar Keluar | Daftar keluar daripada Game Center. |