koleksi

Argumen yang ditentukan sebagai koleksi boleh jadi:

  • Satu atau lebih nilai. Contohnya, “7,9,583.”

  • Rujukan kepada sel jadual tunggal. Contohnya, “B2.”

  • Rujukan kepada julat atau tatasusunan tunggal bagi sel jadual. Contohnya, “B2:B7” atau “B2:E7.”

  • Beberapa rujukan kepada sel jadual tunggal yang dipisahkan oleh operator. Contohnya, “B2+B3+B7.” Dalam Numbers rujukan sel ini boleh dalam jadual berlainan dan dalam helaian berlainan.

  • Tatasusunan yang dikembalikan oleh fungsi tatasusunan.

Koleksi akan mempunyai atribut tambahan yang menentukan jenis nilai yang boleh terkandung dalam sel rujukan.