rujukan sel

Nilai rujukan ialah rujukan kepada sel tunggal atau tatasusunan (julat) sel. Jika tatasusunan adalah lebih daripada satu sel, sel permulaan dan penamatan dipisahkan oleh noktah bertindih tunggal. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, cari “rujukan sel” atau “tab rujukan” dalam Bantuan Formula dan Fungsi. Berikut ialah beberapa contoh yang termasuk rujukan sel:

=A2

=A2+D3

=COUNT(A3:D7)

Dalam Numbers, rujukan boleh jadi sel dalam jadual lain atau dalam helaian lain.

  • Rujukan sel kepada sel dalam jadual lain mesti mengandungi nama jadual (melainkan nama sel adalah unik di dalam semua jadual). Nama jadual dan rujukan sel dipisahkan oleh noktah bertindih berganda. Contohnya:

    =Table 2::B2

    Nama jadual disertakan secara automatik apabila anda memilih sel dalam jadual lain semasa membina formula.

  • Rujukan sel kepada sel dalam helaian lain mesti mengandungi nama helaian (melainkan nama sel adalah unik dalam semua helaian). Nama helaian, nama jadual dan rujukan sel dipisahkan oleh noktah bertindih berganda. Contohnya:

    =SUM(Sheet 2::Table 1::C2:G2)

    Nama helaian dan nama jadual disertakan secara automatik apabila anda memilih sel dalam helaian lain semasa membina formula.