nilai boolean
Nilai boolean ialah nilai TRUE (1) atau FALSE (0) logik, ungkapan yang menilai kepada nilai boolean atau rujukan kepada sel yang mengandungi atau menilai kepada nilai boolean. Ia lazimnya hasil daripada menilai ungkapan Boolean, tetapi nilai boolean boleh ditentukan terus sebagai argumen kepada fungsi atau sebagai kandungan sel. Kegunaan lazim bagi nilai boolean ialah untuk menentukan ungkapan yang dikembalikan oleh fungsi IF. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, cari "operator perbandingan" atau "ungkapan Boolean" dalam Bantuan Formula dan Fungsi.