Pelayar Fungsi

Pelayar Fungsi ialah tetingkap yang memaparkan semua fungsi yang boleh anda gunakan untuk mengira data secara automatik.

Terdapat beberapa kategori fungsi, yang termasuk fungsi kewangan yang mengira kadar faedah, nilai pelaburan dan maklumat lain dan fungsi statistik yang mengira purata, kebarangkalian, sisihan piawai dan seterusnya.

Pelayar Fungsi menyenaraikan semua kategori fungsi, yang mewakili keluarga fungsi yang berkaitan. Kategori Semua menyenaraikan semua fungsi mengikut urutan abjad. Kategori Terbaharu menyenaraikan sepuluh fungsi terbaru yang dimasukkan menggunakan Pelayar Fungsi.

Apabila anda memilih kategori, senarai fungsi individu kelihatan. Anda boleh memilih fungsi untuk melihat maklumat mengenainya.