AirTag

Produk Apple yang direka bentuk untuk membantu anda menjejaki dan mencari barang anda secara peribadi dan selamat. Apabila anda mendaftarkan AirTag ke Akaun Apple anda dengan iPhone, iPad, atau iPod touch, anda boleh melihat lokasinya pada peta dalam app Cari pada Mac, iPhone, iPad dan iPod touch anda. Anda boleh memasang AirTag kepada item seperti kunci, kamera, atau basikal anda, atau masukkan satu ke dalam aksesori seperti beg galas, dompet atau beg duit. AirTags boleh membantu anda mencari item yang anda tersalah letak atau hilang dengan cepat.