Kunci Pengaktifan
Kunci Pengaktifan membantu menghalang orang lain daripada menggunakan peranti anda jika ia hilang atau dicuri. Apabila anda menyediakan Cari pada iPhone, iPad, iPod touch, Mac, Apple Watch atau Apple Vision Pro, Kunci Pengaktifan diaktifkan secara automatik.
Dengan Kunci Pengaktifan, kata laluan Akaun Apple anda diperlukan sebelum sesiapa boleh melakukan yang berikut:
Nyahaktifkan Cari pada peranti anda
Daftar keluar daripada iCloud pada peranti anda
Padamkan peranti anda
Aktifkan semula peranti anda selepas ia dipadamkan
Untuk mendapatkan lebih butiran tentang Kunci Pengaktifan, lihat artikel Sokongan Apple Kunci Pengaktifan untuk Mac, Kunci Pengaktifan untuk iPhone dan iPad, Perihal Kunci Pengaktifan pada Apple Watch anda dan Perihal Kunci Pengaktifan pada Apple Vision Pro.
Nota: Jika peranti anda mempunyai berbilang pengguna, Kunci Pengaktifan diaktifkan hanya untuk orang pertama yang menyediakan Cari. Kata laluan Akaun Apple orang tersebut diperlukan untuk menyahaktifkan Cari, mendaftar keluar, atau memadamkan peranti anda dari jauh.