Kunci Pengaktifan

Kunci Pengaktifan membantu menghalang orang lain daripada menggunakan peranti anda jika ia hilang atau dicuri. Apabila anda menyediakan Cari pada iPhone, iPad, iPod touch, Mac, atau Apple Watch, Kunci Pengaktifan diaktifkan secara automatik.

Dengan Kunci Pengaktifan, Apple ID dan kata laluan anda diperlukan sebelum sesiapa boleh melakukan yang berikut:

  • Nyahaktifkan Cari pada peranti anda

  • Daftar keluar daripada iCloud pada peranti anda

  • Padamkan peranti anda

  • Aktifkan semula peranti anda selepas ia dipadamkan

Untuk mendapatkan lebih butiran tentang Kunci Pengaktifan, lihat artikel Sokongan Apple Kunci Pengaktifan untuk Mac, Kunci Pengaktifan untuk iPhone, iPad dan iPod touch dan Perihal Kunci Pengaktifan pada Apple Watch anda.

Nota: Jika peranti anda mempunyai berbilang pengguna, Kunci Pengaktifan diaktifkan hanya untuk orang pertama yang menyediakan Cari. Apple ID dan kata laluan orang tersebut diperlukan untuk menyahaktifkan Cari, mendaftar keluar, atau memadamkan peranti anda dari jauh.