Jawab panggilan dalam FaceTime pada Mac
Apabila anda mendaftar masuk ke FaceTime, anda boleh menerima atau menolak panggilan, walaupun FaceTime tidak dibuka.
Terima panggilan FaceTime
Pada Mac anda, apabila pemberitahuan muncul di penjuru kanan atas skrin, lakukan satu daripada berikut:
Terima panggilan masuk: Klik Terima.
Terima panggilan video sebagai panggilan audio: Klik bersebelahan Terima, kemudian pilih Jawab sebagai Audio.
Terima panggilan video atau audio dan tamatkan panggilan semasa: Klik Tamat & Terima.
Terima panggilan audio dan jadikan panggilan audio semasa ditahan: Klik Tahan & Terima. Apabila anda menamatkan panggilan baru, panggilan ditahan diteruskan. Anda boleh jeda satu panggilan audio pada satu masa.
Anda juga boleh menerima panggilan FaceTime Kumpulan daripada Mesej. Apabila dijemput, hanya klik Sertai dalam gelembung mesej FaceTime.
Nota: FaceTime Kumpulan tersedia dengan Kemas Kini Tambahan macOS Mojave 10.14.3 atau lebih baru, atau iOS 12.1.4 atau lebih baru. Ciri ini mungkin tidak tersedia di semua rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal kandungan keselamatan Kemas Kini Tambahan macOS Mojave 10.14.3.
Apabila anda sedang dalam panggilan, anda boleh melakukan mana-mana yang berikut.
Tolak panggilan FaceTime
Pada Mac anda, apabila pemberitahuan muncul di penjuru kanan atas skrin, lakukan satu daripada berikut:
Tolak panggilan: Klik Tolak.
Petua: Jika panggilan diterima daripada seseorang yang anda tidak mahu terima panggilannya, anda boleh sekat pemanggil.
Tolak panggilan dan hantar mesej menggunakan iMessage: Klik bersebelahan Tolak, pilih Balas dengan Mesej, taip mesej anda, kemudian klik Hantar. Kedua-dua anda dan pemanggil mestilah didaftarkan masuk ke iMessage.
Tolak panggilan dan setkan peringatan untuk panggilan balik kemudian: Klik bersebelahan Tolak, kemudian pilih berapa lama anda mahu menunggu untuk menerima peringatan. Apabila tiba masanya, anda akan menerima pemberitahuan—kliknya untuk melihat peringatan, kemudian klik pautan dalam peringatan untuk memulakan panggilan.
Jika Mac anda mempunyai Touch Bar, anda boleh gunakannya untuk menerima atau menolak panggilan, menolak dan menghantar mesej, atau menolak dan setkan peringatan.