Buat panggilan FaceTime Kumpulan pada Mac
Apabila anda dalam panggilan FaceTime, anda boleh menambah lebih orang ke panggilan (sehingga maksimum 32 orang lain) walaupun anda tidak memulakan panggilan.
Untuk mendapatkan maklumat tentang keperluan sistem untuk menggunakan FaceTime, lihat Keperluan FaceTime.
Dalam app FaceTime pada Mac anda, klik butang Bar Sisi semasa panggilan.
Klik butang Tambah Orang , kemudian masukkan alamat e-mel atau nombor telefon orang yang anda mahu panggil. Jika anda mempunyai kad untuk orang dalam Kenalan, anda boleh memasukkan sahaja namanya.
Jika anda dihadkan kepada panggilan dengan orang tertentu sahaja, ikon jam pasir muncul di sebelah orang yang anda tidak boleh panggil.
Klik Tambah.
Setiap peserta muncul dalam jubin pada skrin. Apabila peserta bercakap, atau anda mengklik jubin, jubin beralih ke depan dan menjadi lebih menonjol. Jubin yang tidak muat pada skrin muncul dalam baris di bahagian bawah. Untuk mencari peserta yang anda tidak nampak, skrol menerusi baris.
Petua: Untuk menghalang jubin orang yang sedang bercakap daripada menjadi lebih besar, nyahpilih pilihan dalam keutamaan FaceTime—pilih FaceTime > Keutamaan, klik Seting, kemudian nyahpilih Bercakap di bawah Prominens Automatik.
Untuk menghantar isyarat boleh dengar kepada pemanggil yang belum menyertai panggilan, klik butang Bar Sisi , kemudian klik Panggil.