Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Jeda panggilan video FaceTime pada Mac
Anda boleh jeda panggilan video FaceTime untuk berhenti menghantar video buat sementara waktu. Kedua-dua peserta masih boleh mendengar satu sama lain kecuali anda senyapkan panggilan.
Pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:
Jeda panggilan video: Dalam app FaceTime , klik butang minimumkan berwarna kuning di bahagian atas tetingkap FaceTime atau bertukar kepada app lain.
Jika anda dalam paparan skrin penuh, keluar dari paparan dahulu.
Jika anda dalam panggilan FaceTime Kumpulan, butang minimumkan hanya meminimumkan skrin; ia tidak menjedakan panggilan.
Teruskan panggilan video dijedakan: Klik ikon FaceTime dalam Dock.