Teks Masa Nyata (RTT)

RTT menggabungkan suara dan teks ditaip semasa panggilan telefon tanpa memerlukan peranti khusus; ini berguna terutamanya jika anda mempunyai kesukaran mendengar atau bertutur. Dengan RTT, anda boleh menaip teks semasa panggilan telefon berlangsung dan penerima boleh membaca teks anda serta-merta. Anda boleh membuat dan menerima panggilan RTT pada iPhone dan peranti Apple lain anda (ciri ini tidak tersedia di semua negara atau rantau atau disokong oleh semua pembawa).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang RTT, lihat artikel Sokongan Apple Buat dan terima panggilan RTT pada Mac anda.