Keperluan panggilan audio dan video FaceTime Kumpulan
Untuk membuat dan menerima panggilan FaceTime dengan berbilang orang (FaceTime Kumpulan), anda dan orang yang anda panggil mesti memenuhi keperluan berikut:
Disambungkan ke internet
Mendaftar masuk ke FaceTime dengan Apple ID anda
Mempunyai mikrofon terbina dalam atau disambungkan; untuk panggilan video FaceTime, anda juga memerlukan kamera terbina dalam atau disambungkan
Mempunyai salah satu daripada berikut:
Kemas Kini Tambahan macOS 10.14.3 atau lebih baharu (Lihat artikel Sokongan Apple Perihal kandungan keselamatan Kemas Kini Tambahan macOS Mojave 10.14.3.)
iOS 12.1.4 atau lebih baharu
iPadOS
Ciri ini mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan FaceTime pada Mac.