Keperluan web FaceTime
Apabila anda menerima pautan ke panggilan FaceTime, anda menyertai panggilan daripada pelayar anda (tiada log masuk diperlukan) melainkan anda menggunakan macOS 12 atau lebih baharu, yang anda menyertai menggunakan app FaceTime. Peranti Android atau Windows mestilah memenuhi keperluan berikut:
Mempunyai sama ada versi Google Chrome atau Microsoft Edge yang terbaharu
Disambungkan ke internet
Mempunyai mikrofon terbina dalam atau disambungkan; untuk panggilan video FaceTime, anda juga memerlukan kamera terbina dalam atau disambungkan (sokongan pengekodan kamera video H.264 diperlukan)