Set cakera digabungkan

Set cakera digabungkan, juga dipanggil Hanya Selonggok Cakera (JBOD) atau perentangan, ialah cakera besar tunggal yang dicipta daripada beberapa cakera lebih kecil. Set cakera berangkai bertindak sebagai satu cakera besar, dengan kapasiti digabungkan daripada semua cakera yang lebih kecil.

Set cakera dirangkai berguna jika anda mempunyai fail, seperti pangkalan data, yang lebih besar daripada sebarang cakera anda. Ia juga berguna jika anda perlu mencipta set RAID dicerminkan atau berjalur dengan satu cakera besar dan dua cakera yang lebih kecil.

Jika semua cakera dalam set mempunyai saiz yang lebih kurang sama, pertimbangkan menggunakan set RAID berjalur, yang membenarkan anda mengakses data anda dengan lebih cepat.

Selepas anda mencipta set cakera digabungkan, anda boleh menggunakan Utiliti Cakera untuk menambah lebih banyak cakera kepadanya bagi meningkatkan saiznya.

Anda tidak boleh menggunakan sesetengah ciri pengurusan cakera, seperti penyulitan cakera FileVault, dengan set cakera digabungkan.