Bantuan Utiliti Direktori

Selamat Datang ke Utiliti Direktori

Tambah dan konfigurasi sambungan lanjutan ke pelayan direktori, tukar dasar carian dan lihat atribut pengguna dan kumpulan.

Tetingkap Utiliti Direktori menunjukkan anak tetingkap Perkhidmatan.
Dialog konfigurasi Active Directory dengan bahagian pilihan dikembangkan.

Sambung ke perkhidmatan direktori

Gunakan set kelayakan tunggal untuk mengakses sumber rangkaian dengan menyambungkan Mac anda pada satu atau lebih perkhidmatan direktori, seperti Open Directory atau Active Directory. Klik Perkhidmatan, kemudian dwiklik perkhidmatan yang anda mahu konfigurasikan.

Anak tetingkap Editor Direktori.

Berikan pengguna akses yang mereka perlukan

Pastikan pengguna anda mempunyai akses pada perkhidmatan rangkaian dan sumber yang mereka perlukan dengan menguruskan atribut pengguna dan kumpulan pada pelayan direktori. Klik Editor Direktori, kemudian pilih rekod untuk melihat atributnya.

Mahu ketahui lebih lanjut? Lihat Perihal Utiliti Direktori dan Mengurus rekod dan atribut.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.