Sediakan cangkerang UNIX untuk akaun pengguna Active Directory dalam Utiliti Direktori pada Mac
Pada komputer yang telah dikonfigurasi untuk menggunakan penyambung Active Directory bagi Utiliti Direktori, anda boleh mengesetkan cangkerang baris perintah yang pengguna yang mempunyai akaun Active Directory gunakan secara lalai semasa berinteraksi dengan macOS dalam Terminal.
Cangkerang lalai juga digunakan untuk interaksi secara jauh melalui cangkerang (SSH) atau Telnet. Setiap pengguna boleh menggantikan cangkerang lalai dengan menukar seting Terminal.
Buka Utiliti Direktori untuk saya
Dalam app Utiliti Direktori pada Mac anda, klik Perkhidmatan.
Klik ikon kunci.
Masukkan nama dan kata laluan pengguna pentadbir, kemudian klik Ubah Suai Konfigurasi (atau gunakan Touch ID).
Pilih Active Directory, kemudian klik butang “Edit seting untuk perkhidmatan dipilih” .
Jika pilihan lanjutan disembunyikan, klik segi tiga pendedahan bersebelahan Tunjukkan Pilihan.
Klik Pengalaman Pengguna.
Pilih cangkerang pengguna Lalai, kemudian masukkan laluan cangkerang pengguna lalai.
Klik OK.