Kawal pengesahan daripada semua domain dalam hutan Active Directory dalam Utiliti Direktori pada Mac
Pada komputer yang telah dikonfigurasikan untuk menggunakan penyambung Active Directory Utiliti Direktori, anda boleh membenarkan pengguna dalam hutan Active Directory mengesahkan dari semua domain, atau anda boleh mengehadkan pengesahan kepada pengguna dari domain individu.
Buka Utiliti Direktori untuk saya
Dalam app Utiliti Direktori pada Mac anda, klik Perkhidmatan.
Klik ikon kunci.
Masukkan nama dan kata laluan pengguna pentadbir, kemudian klik Ubah Suai Konfigurasi (atau gunakan Touch ID).
Pilih Active Directory, kemudian klik butang Edit (kelihatan seperti pensel).
Jika pilihan lanjutan disembunyikan, klik segi tiga pendedahan.
Klik Pentadbiran.
Pilih “Membenarkan pengesahan dari sebarang domain dalam hutan.”
Jika anda memilih “Membenarkan pengesahan dari sebarang domain dalam hutan,” anda boleh menambah hutan Active Directory ke dasar carian khusus komputer untuk pengesahan dan kenalan.
Apabila anda menambah hutan Active Directory ke dasar carian khusus, hutan muncul dalam senarai domain direktori tersedia seperti “/Active Directory/All Domains.” (Ini ialah seting lalai.)
Jika anda nyahpilih “Membenarkan pengesahan dari sebarang domain dalam hutan,” anda boleh menambah hutan domain Active Directory secara individu ke dasar carian khusus komputer untuk pengesahan dan kenalan.
Apabila anda menambah domain Active Directory ke dasar carian khusus, setiap domain Active Directory muncul secara berasingan dalam senarai domain direktori tersedia.
Klik OK.
Selepas memilih “Membenarkan pengesahan dari sebarang domain dalam hutan,” tukar dasar carian khusus dalam anak tetingkap Pengesahan dan Kenalan untuk memasukkan hutan Active Directory atau domain terpilih. Lihat Takrifkan dasar carian.