Teks Masa Nyata (RTT)
RTT membolehkan anda menghantar audio semasa anda menaip teks dan penerima anda boleh membaca teks serta-merta tanpa tundaan. Jika anda mempunyai kesukaran mendengar atau bertutur, anda boleh menggunakan RTT untuk berkomunikasi dengan mudah pada telefon tanpa peranti khas. Anda boleh membuat dan menerima panggilan RTT pada iPhone dan peranti Apple lain anda (ciri ini tidak tersedia di semua rantau atau disokong oleh semua pembawa).
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang RTT, lihat artikel Sokongan Apple Buat dan terima panggilan RTT pada Mac anda.