Bar menu

Bar menu terletak di sepanjang bahagian atas skrin pada Mac anda. Bar menu mengandungi menu Apple , menu app dan pelbagai menu status, seperti Wi-Fi , Spotlight serta Siri . Anda boleh menyesuaikan item status yang ditunjukkan menggunakan seting Dock & Bar Menu. Pusat Kawalan dan Pusat Pemberitahuan (klik tarikh dan masa) sentiasa tersedia dalam bar menu.