Cari teks dalam mesej dan laporan log dalam Konsol pada Mac
Anda boleh mencari teks tertentu dalam mesej atau laporan log yang anda lihat.
Nota: Jika anda tidak dilog masuk sebagai pentadbir, anda perlu memasukkan nama dan kata laluan pentadbir untuk melihat mesej log.
Dalam app Konsol pada Mac anda, tekan Command-F, taipkan perkataan atau frasa dalam medan carian, kemudian tekan Return.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Pergi ke keadaan seterusnya atau sebelumnya dalam hasil: Klik butang anak panah.
Kosongkan medan carian: Klik butang Tutup .
Setkan pilihan untuk carian semasa: Klik butang Pilihan Carian dalam medan carian, kemudian pilih atau nyahpilih item dalam menu timbul. Sebagai contoh, untuk mencari teks yang sepadan dengan penghurufbesaran carian anda, nyahpilih Abaikan Huruf.
Anda juga boleh mencari aksara istimewa dan corak teks, seperti alamat e-mel atau ruang putih. Klik butang Pilihan Carian , pilih Masuk Corak daripada menu timbul, kemudian pilih item dalam senarai.
Untuk mencari jujukan item (sebagai contoh, alamat web, kemudian ruang putih), tambah satu item ke medan carian, pilih Masuk Corak lagi, kemudian tambah item lain.
Apabila anda sudah selesai, klik Selesai.