Apple ID Terurus

Seperti sebarang Apple ID, Apple ID Terurus digunakan untuk mendaftar masuk ke peranti peribadi atau dikongsi. Ia juga digunakan untuk mengakses perkhidmatan Apple (seperti iCloud dan kursus daripada iTunes U) dan Apple School Manager. Tidak seperti Apple ID, Apple ID Terurus dimiliki dan diurus oleh sekolah atau daerah anda dan direka untuk memenuhi keperluan institusi pendidikan—termasuk mereset kod laluan, pengehadan komunikasi dan pentadbiran berasaskan peranan. Apple School Manager menjadikan ianya mudah untuk mencipta Apple ID Terurus yang unik untuk setiap orang secara pukal.