Daftar masuk dengan Apple ID anda

Daftar masuk dengan Apple ID anda untuk mengakses perkhidmatan Apple seperti App Store, Apple Music, iCloud, FaceTime, Apple Books dan banyak lagi.

Anda boleh mendaftar masuk apabila anda menyediakan Mac anda atau pada bila-bila masa. Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik “Daftar masuk dengan Apple ID anda” dalam bar sisi, masukkan Apple ID anda (atau e-mel atau nombor telefon Boleh Dihubungi yang anda tambah dalam seting Apple ID), kemudian masukkan kata laluan anda. Jika anda tidak mempunyai Apple ID, anda boleh cipta satu.

Anda boleh melihat dan menukar maklumat Apple ID anda, termasuk nama anda, foto, maklumat hubungan, kata laluan, seting keselamatan, serta maklumat bayaran dan penghantaran.

Maklumat dan kandungan anda tersedia pada semua peranti anda yang anda daftar masuk dengan Apple ID anda. Lihat artikel Sokongan Apple Daftar masuk dengan Apple ID anda.