Tambah widget bateri pada iPhone atau iPad
Gunakan widget bateri pada iPhone atau iPad untuk melihat status Beats disambungkan anda.
Pada iPhone atau iPad, pergi ke Skrin Utama yang anda mahu tambahkan widget, kemudian sentuh dan tahan latar belakang Skrin Utama sehingga app mula bergoyang.
Ketik Edit di bahagian atas skrin, kemudian ketik Tambah Widget untuk membuka galeri widget.
Skrol atau cari Bateri, ketiknya, kemudian leret menerusi pilihan saiz.
Apabila anda melihat pilihan yang anda mahukan, ketik Tambah Widget.
Semasa app masih bergoyang, alihkan widget ke tempat yang anda mahu widget berada pada skrin, kemudian ketik Selesai.