Cipta aliran kerja menggunakan fail yang dipilih pada Mac
Jika anda mencipta banyak aliran kerja, anda boleh menggunakan seting Papan Kekunci untuk mengautomasikan proses dengan menu pintasan. Anda kemudiannya boleh mencipta aliran kerja daripada fail yang dipilih menggunakan menu pintasan.
Tambah perintah ke menu pintasan
Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Papan Kekunci dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Pintasan Papan Kekunci di sebelah kanan, kemudian klik Perkhidmatan dalam lajur di sebelah kiri.
Di sebelah kanan, klik anak panah bersebelahan Pembangunan, kemudian pilih Cipta Aliran Kerja.
Cipta aliran kerja daripada fail yang dipilih
Dalam Finder, pilih fail yang anda ingin gunakan dalam aliran kerja anda.
Tekan dan tahan kekunci Control, klik satu daripada fail yang dipilih untuk menunjukkan menu pintasan kemudian pilih Cipta Aliran Kerja.
Aliran kerja baharu dicipta di Automator dan fail yang dipilih ditentukan dalam tindakan yang pertama.