Aliran Kerja

Aliran kerja Automator mengandungi satu siri tindakan yang diletakkan bersama-sama untuk menyempurnakan sesuatu tugas. Setiap tindakan adalah langkah tunggal dalam tugas. Apabila anda menjalankan aliran kerja, tindakan dijalankan secara berturutan dari atas ke bawah.

Untuk membina aliran kerja, cari tindakan dalam Pustaka dan seretnya ke dalam kawasan aliran kerja di bahagian kanan. Apabila tindakan ditambah pada aliran kerja, tindakan itu dipautkan dengan tindakan lain dalam aliran kerja agar output daripada satu tindakan boleh disampaikan sebagai input ke tindakan seterusnya.

Sesetengah tindakan memerlukan jenis input yang tertentu. Jika tindakan perlu menerima jenis fail atau maklumat yang tertentu, tindakan itu mesti diletakkan dalam aliran kerja berikutan tindakan yang menjana jenis fail atau maklumat tersebut. Sebagai contoh, sesuatu tindakan yang membaca teks tidak sepatutnya diletakkan selepas sesuatu tindakan yang menjana fail imej. Jenis input yang diperlukan untuk sesuatu tindakan ditunjukkan pada sisi kanan atas tindakan tersebut.

Apabila output bagi sesuatu tindakan sepadan dengan input untuk tindakan yang seterusnya, anda boleh melihat tindakan terhubung dengan aliran kerja. Jika output bagi sesuatu tindakan dan input untuk tindakan yang berikutnya tidak sepadan, terdapat ruang di antaranya dalam aliran kerja.

Untuk membuatkan aliran kerja melaksanakan tugasnya, atau untuk menguji aliran kerja anda, klik Jalankan.