tindakan
Tindakan Automator laksanakan langkah tunggal. Anda boleh menggabungkan tindakan dalam aliran kerja anda untuk menyempurnakan satu siri langkah. Automator disertakan dengan pustaka pelbagai tindakan yang boleh anda gunakan untuk mencipta automasi anda yang khusus.
Untuk melaksanakan tugas kompleks dengan berbilang langkah, tindakan kerap menerima maklumat atau input, daripada tindakan sebelumnya. Tindakan bertindak berdasarkan input ini dan kemudian menghantar hasilnya kepada tindakan yang berikut untuk digunakan bagi inputnya sendiri.
Tindakan boleh mempunyai medan, menu timbul, kotak semak atau butang yang membolehkan anda memilih pilihan yang berlainan yang mengawal cara tindakan itu berperilaku.
Sesetengah tindakan mendapat input dari luar aliran kerja. Sebagai contoh, tindakan mungkin mendapat input daripada aplikasi, seperti kenalan, atau item yang dipilih dalam Finder.