Sediakan speaker luaran untuk bunyi stereo atau keliling dalam Persediaan MIDI Audio pada Mac
Anda boleh mengkonfigurasi speaker luaran yang disambungkan ke peranti audio anda untuk stereo atau output berbilang saluran, seperti bunyi keliling.
Nota: Sebelum anda konfigurasi speaker, sambungkannya ke peranti audio anda. Pastikan peranti audio anda mempunyai sebarang perisian yang diperlukan terpasang, disambungkan ke Mac anda dan diaktifkan.
Buka Persediaan MIDI Audio untuk saya
Dalam app Persediaan MIDI Audio pada Mac anda, pilih peranti output audio dalam senarai, kemudian klik Konfigurasi Speaker.
Jika peranti output anda mempunyai berbilang strim, ia disenaraikan di bahagian atas tetingkap.
Untuk menukar cara anda melihat konfigurasi speaker, klik Lihat, kemudian pilih paparan. Untuk paparan Isometrik atau Sisi, anda boleh menyeret paparan 3D untuk memutarkannya sebanyak 360 darjah.
Klik menu timbul Konfigurasi, kemudian pilih konfigurasi, seperti Stereo atau Keliling 5.1.
Jika anda mempunyai lima speaker depan dan dua speaker belakang, pilih Keliling 7.1. Jika anda mempunyai tiga speaker depan dan empat speaker belakang, pilih Keliling Belakang 7.1.
Untuk setiap speaker dalam senarai, klik menu timbul Saluran, kemudian pilih saluran untuk ditetapkan kepada speaker.
Anda boleh klik speaker dalam paparan 3D untuk menyerlahkannya dalam senarai.
Petua: Jika peranti output anda mempunyai berbilang strim yang menawarkan berbilang saluran, mungkin sukar untuk mencari saluran yang anda mahukan dalam menu timbul. Di bahagian atas tetingkap, anda boleh nyahpilih kotak semak untuk setiap strim yang anda tidak mahu gunakan, supaya salurannya tidak ditunjukkan dalam menu timbul.
Untuk mendengar nada ujian speaker, klik butang Speaker .
Untuk konfigurasi bunyi keliling, pastikan nada ujian untuk setiap speaker berada pada kelantangan sama apabila didengari pada sudut pandangan pendengar.
Anda boleh melaraskan kelantangan untuk setiap saluran speaker dalam tetingkap Peranti Audio.
Petua: Anda boleh melaraskan kelantangan nada ujian dalam anak tetingkap Audio pada keutamaan MIDI Audio dengan menyeret gelangsar.
Klik Gunakan untuk menyimpan konfigurasi anda dan menggunakannya kepada speaker.
Sesetengah app macOS mempersembahkan output audio dalam stereo manakala yang lain menggunakan berbilang saluran, bergantung pada kandungan media. Anda mungkin mahu mengesetkan speaker anda untuk kedua-dua konfigurasi untuk menyesuaikan pengalaman audio anda semasa menggunakan app.