Masuk dan keluar daripada Akses Bantu

Selepas anda menyediakan Akses Bantu, anda boleh memasuki dan keluar daripadanya mengikut keperluan.

Untuk memasuki Akses Bantu, pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Akses Bantu, kemudian ketik Mulakan Akses Bantu.

Untuk keluar daripada Akses Bantu, klik butang sisi tiga kali (pada iPhone dengan Face ID) atau butang Utama (pada model iPhone lain), ketik Keluar daripada Akses Bantu, kemudian masukkan kod laluan Akses Bantu.

Dua iPhone, satu dengan butang sisi dan tiada butang Utama, serta satu dengan butang Utama. Anak panah menunjuk ke lokasi setiap butang.