Sediakan stesen pangkalan baru menggunakan Utiliti AirPort pada Mac
Anda boleh menyediakan stesen pangkalan baru menggunakan Utiliti AirPort pada Mac anda atau Utiliti AirPort untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.
Sambung stesen pangkalan ke modem anda secara fizikal
Sambung kord kuasa ke port Kuasa pada stesen pangkalan anda, kemudian pasangkan kord kuasa ke dalam salur keluar dinding.
Sambung kabel Ethernet ke port WAN pada stesen pangkalan anda, kemudian pasangkannya ke dalam DSL atau modem kabel anda.
Nota: Jika anda tidak menggunakan modem, atau bersambung secara berlainan, dapatkan arahan sambungan daripada ISP anda.
Sediakan stesen pangkalan menggunakan Mac anda
Pada Mac anda, klik ikon Wi-Fi dalam bar menu, kemudian pilih stesen pangkalan yang disenaraikan di bawah Stesen Pangkalan AirPort Baru.
Ikuti arahan pada skrin.
Pembantu Persediaan Utiliti AirPort menyediakan penyelesaian terbaik untuk rangkaian anda secara automatik. Jika tiada rangkaian dijumpai, pembantu persediaan mencipta rangkaian baru; jika rangkaian telah disediakan, pembantu persediaan memperluaskan rangkaian yang sedia ada (lihat Luaskan rangkaian Wi-Fi sedia ada).
Jika anda mahu sediakan rangkaian anda menggunakan seting berlainan, klik Pilihan Lain.
Sediakan stesen pangkalan menggunakan iPhone, iPad, atau iPod touch anda
Pada peranti anda, pergi ke Seting > Wi-Fi, kemudian ketik nama stesen pangkalan anda (sebagai contoh, “AirPort Extreme 0affff”) yang disenaraikan dibawah “Sediakan stesen pangkalan AirPort baru”.
Ikuti arahan pada skrin.
Pembantu persediaan menyediakan penyelesaian terbaik untuk rangkaian anda secara automatik. Jika tiada rangkaian dijumpai, pembantu persediaan mencipta rangkaian baru; jika rangkaian telah disediakan, pembantu persediaan memperluaskan rangkaian yang sedia ada (lihat Luaskan rangkaian Wi-Fi sedia ada).
Jika anda mahu sediakan rangkaian anda menggunakan seting berlainan, ketik Pilihan Lain.
Jika anda mempunyai arahan konfigurasi dari ISP, atau hanya mahu mengkonfigurasi sambungan internet dan Wi-Fi anda dengan sendiri, lihat topik berikut:
Maklumat terperinci tentang perangkaian wayarles, termasuk artikel sokongan beraneka dan PDF panduan persediaan yang disertakan dengan stesen pangkalan anda, tersedia pada tapak web sokongan AirPort.
Selepas anda melengkapkan proses persediaan, anda mempunyai pilihan tambahan untuk konfigurasi rangkaian anda. Sebagai contoh, anda boleh:
Strim muzik menggunakan AirPlay (jika anda mempunyai AirPort Express)