Nombor Penjual Semula

Nombor Penjual Semula ialah pengecam unik bagi setiap Penjual Semula Berdaftar Apple atau pembawa selular yang mengambil bahagian dalam Apple School Manager. Apabila anda menambah Nombor Penjual Semula Berdaftar Apple atau Nombor Penjual Semula pembawa yang mengambil bahagian kepada profil akaun anda (dan anda memberi penjual semula tersebut ID Organisasi anda), anda memberi kuasa kepada penjual semula itu untuk menyerahkan peranti yang anda beli melalui mereka kepada Apple supaya nombor sirinya muncul dalam Apple School Manager.

Jika anda tidak mengetahui Nombor Penjual Semula bagi Penjual Semula Berdaftar Apple atau pembawa selular yang mengambil bahagian, sila hubungi mereka untuk mendapatkan bantuan.