Selesaikan konflik akaun pengguna MS Azure SCIM dalam Apple Business Manager
Semasa kali pertama anda menggunakan MS Azure SCIM untuk mengimport pengguna ke dalam Apple Business Manager, Auto Gabung seharusnya dilumpuhkan dan semua konflik akaun pengguna seharusnya diselesaikan secara manual.
Penting: Jika Auto Gabung dihidupkan, akaun baharu digabungkan dengan akaun sedia ada dalam Apple Business Manager.
Jika anda memutuskan sambungan dari Azure AD dan menyambung semula, anda boleh memilih sama ada mahu menggabungkan akaun Azure AD. Selepas anda menyambung semula, semak log peruntukan Azure AD. Selepas semua akaun disegerakkan ke Apple Business Manager, anda boleh memilih untuk melumpuhkan Auto Gabung untuk mengelakkan sebarang masalah penggabungan akaun.
Lumpuhkan Auto Gabung
Jika anda ingin akaun yang mempunyai konflik disambungkan ke SCIM, mulakan dengan menyelesaikan konflik secara manual dengan melumpuhkan Auto Gabung.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Individu.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, ketik Keutamaan , kemudian pilih Penyegerakan Direktori .
Matikan Auto Gabung.
Selesaikan konflik akaun pengguna MS Azure secara manual
Jika anda mahu akaun yang mempunyai konflik disambungkan dengan SCIM, anda boleh menyelesaikan konflik tersebut secara manual.
Dalam Apple Business Manager , daftar masuk dengan pengguna yang mempunyai peranan Pentadbir atau Pengurus Individu.
Pilih nama anda di bahagian bawah bar sisi, ketik Keutamaan , kemudian pilih Penyegerakan Direktori .
Pilih Edit di sebelah bahagian SCIM, baca dengan teliti mesej Konflik Akaun, kemudian pilih Selesaikan.
Pilih butang Muat Turun Konflik untuk memuat turun senarai konflik akaun, kemudian semak konflik tersebut.
Jika akaun yang mempunyai konflik adalah serupa antara satu sama lain dalam Azure AD dan Apple Business Manager, pilih Gabung.
Cara konflik boleh berlaku
Konflik boleh berlaku dalam salah satu daripada cara berikut:
Sambungan SCIM telah dinyahsambungkan dan disambung semula, serta satu akaun Apple Business Manager telah diimport menggunakan SCIM.
Akaun pengguna Apple Business Manager mempunyai nilai ID Individu dan Apple ID Terurus yang sepadan dengan nama pengguna Azure AD yang anda cuba import menggunakan SCIM.
Pilihan Segerakkan Hanya Pengguna dan Kumpulan Yang Ditugaskan didayakan, dan tindakan berikut berlaku mengikut tertib.
1. Pengguna dikeluarkan dari app Azure AD Apple Business Manager.
2. Pengguna kemudiannya dipadam dari Azure AD.
3. Pengguna baharu dicipta dalam Azure AD dengan nama pengguna yang sama.
4. Pengguna baharu itu ditambahkan pada app perusahaan Azure AD Apple Business Manager.