Bantuan App Store

Selamat Datang ke App Store

Dapatkan app atau permainan untuk Mac anda dan pastikan app dan sistem anda terkini.

App Ditampilkan dalam App Store.
Paparan Ditampilkan dalam App Store.

Cari app yang sesuai

Apa sahaja yang anda mahu buat—belajar untuk mengkod, memasak hidangan lebih sihat, atau main permainan—App Store mempunyai app untuk anda. Untuk mencari app, klik Ditampilkan, Carta Teratas, atau Kategori atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Kemas kini pilihan dalam keutamaan App Store.

Dapatkan semua app anda pada semua komputer anda

Jimatkan masa dengan membolehkan app yang anda beli muat turun secara automatik pada komputer Mac anda yang lain (di mana anda daftar masuk menggunakan Apple ID yang sama). Pilih App Store > Keutamaan, kemudian pilih “Muat turun app yang dibeli pada Mac lain secara automatik.”

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.