Langgan Apple Arked dalam App Store pada Mac
Dengan Apple Arked, langganan tunggal membolehkan anda memuat turun dan bermain koleksi permainan baru yang mendebarkan daripada App Store. Nikmati permainan tanpa had pada semua peranti anda yang disokong.
Nota: Apple Arked tidak tersedia di semua negara dan rantau. Perkakasan dan perisian yang serasi diperlukan. Sesetengah kandungan mungkin tidak tersedia di semua kawasan. Tidak semua kandungan yang ditunjukkan akan tersedia pada ketersediaan perkhidmatan.
Langgan Arked
Dalam app App Store pada Mac anda, klik Arked dalam bar sisi.
Klik Cuba Secara Percuma, kemudian ikut arahan atas skrin.
Apabila anda mendaftar untuk Apple Arked, langganan anda disertakan tempoh percubaan 30 hari percuma. Pada penghujung tempoh percubaan anda, langganan anda diperbaharui secara automatik setiap bulan (bayaran berbeza mengikut negara atau rantau), kecuali anda membatalkannya. Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa sehari sebelum tarikh pembaharuan. Anda menggunakan App Store untuk mengurus langganan anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Tapak web Apple Arked.
Jika anda dalam kumpulan Perkongsian Keluarga, sehingga enam ahli keluarga boleh menggunakan langganan yang sama.
Muat turun permainan
Dalam App Store pada Mac anda, klik Arked dalam bar sisi.
Cari atau layari permainan.
Pilih permainan, kemudian klik Dapatkan.
Permainan dimuat turun ke folder Aplikasi pada Mac anda.
Permainan yang anda muat turun kekal dalam folder Aplikasi anda sehingga anda memadamkan permainan.
Main permainan
Anda boleh bermain permainan Arked anda yang dimuat turun pada Mac anda pada bila-bila masa, walaupun semasa anda tidak bersambung ke internet.
Dalam folder Aplikasi pada Mac anda, dwiklik permainan Arked yang anda mahu main.
Banyak permainan Apple Arked juga menyokong Game Center. Lihat artikel Sokongan Apple Akses data permainan Apple Arked anda pada semua peranti anda.
Keluar daripada permainan
Semasa bermain permainan Arked pada Mac anda, tekan Command-Q.
Padam permainan
Dalam folder Aplikasi pada Mac anda, Control-klik permainan Arked, kemudian pilih Pindah ke Sampah.