Lihat pencapaian Game Center dalam App Store pada Mac
Anda boleh meneruskan di tempat yang anda tinggalkan dalam permainan pada Mac anda atau peranti lain, cari permainan baru yang popular dengan rakan Game Center dan lihat pencapaian yang diperoleh rakan Game Center anda.
Nota: Apple Arcade dan Apple One tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple. Ketersediaan permainan Apple Arcade merentas peranti berbeza berdasarkan keserasian perkakasan dan perisian. Sesetengah kandungan mungkin tidak tersedia di semua kawasan. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan permainan Apple Arcade merentas peranti.
Teruskan permainan
Sama ada anda bermain permainan pada Mac anda atau peranti lain, anda boleh meneruskan permainan pada Mac anda.
Dalam App Store pada Mac anda, klik Arcade dalam bar sisi.
Skrol ke Teruskan Bermain, cari permainan anda, kemudian klik Main.
Sentiasa daftar masuk menggunakan Apple ID yang sama supaya anda boleh terus bermain permainan pada sebarang peranti. Lihat Main permainan pada Mac anda.
Cari permainan yang popular dengan rakan
Dalam App Store pada Mac anda, klik Arcade dalam bar sisi.
Skrol ke Rakan Bermain.
Anda juga boleh melihat perkara yang popular dengan rakan pada halaman produk app.
Lihat profil Game Center anda dan pencapaian rakan anda
Dalam App Store pada Mac anda, klik Arcade dalam bar sisi.
Klik nama anda di penjuru kiri bawah, kemudian klik Profil Game Center berhampiran bahagian atas tetingkap.
Untuk melihat pencapaian rakan anda, klik Terbaru Bermain.
Anda juga boleh melihat profil Game Center anda, pencapaian anda, pencapaian rakan dan banyak lagi di dashboard dalam permainan Game Center.
Untuk mengehadkan akses bagi bermain permainan, lihat Tukar seting Pengehadan Kandungan dalam Masa Skrin.