Akaun Apple Terurus

Seperti sebarang Akaun Apple, Akaun Apple Terurus digunakan untuk mendaftar masuk ke peranti peribadi atau dikongsi. Ia juga digunakan untuk mengakses perkhidmatan Apple—termasuk iCloud dan apabila bekerjasama dalam app iWork dan app Nota—serta Apple School Manager atau Apple Business Manager. Akaun Apple Terurus direka bentuk untuk memenuhi kemahuan dan keperluan undang-undang organisasi. Menggunakannya, organisasi boleh mengawal reset kata laluan, mengehadkan pembelian dan komunikasi, serta mengurus keizinan berdasarkan jawatan seseorang. (Sebagai contoh, peranan pentadbir dan staf boleh menggunakan Akaun Apple Terurus untuk mendaftar masuk ke portal web Apple School Manager atau Apple Business Manager.)

Nota: Akaun Apple Terurus tidak menyokong Perkongsian Keluarga.