Apple ID Terurus

Seperti sebarang Apple ID, Apple ID Terurus digunakan untuk mendaftar masuk ke peranti peribadi atau dikongsi. Ia juga digunakan untuk mengakses perkhidmatan Apple—termasuk iCloud dan apabila bekerjasama dalam app iWork dan app Nota—serta Apple School Manager atau Apple Business Manager. Apple ID Terurus direka bentuk untuk memenuhi kemahuan dan keperluan undang-undang organisasi. Menggunakannya, organisasi boleh mengawal reset kata laluan, mengehadkan pembelian dan komunikasi, serta mengurus keizinan berdasarkan jawatan seseorang. (Sebagai contoh, peranan pentadbir dan staf boleh menggunakan Apple ID Terurus untuk mendaftar masuk ke portal web Apple School Manager atau Apple Business Manager.)

Nota: Apple ID Terurus tidak menyokong Perkongsian Keluarga.