Apple ID

Apple ID memberikan anda akses ke iTunes Store, App Store, Apple Books, iCloud, FaceTime dan perkhidmatan Apple lain. Ia mengandungi alamat e-mel (sebagai contoh, karina_cavanna@icloud.com) dan kata laluan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Apple ID, lihat halaman Sokongan Apple ID. Untuk mencipta satu, pergi ke Tapak web akaun Apple ID.

Nota: Di sesetengah lokasi, anda boleh menggunakan nombor telefon dan bukannya alamat e-mel sebagai Apple ID anda. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan nombor telefon mudah alih anda sebagai Apple ID anda.

Semua pembelian anda terikat pada Apple ID anda dan tidak boleh dipindahkan ke Apple ID lain. Jika anda membuat pembelian pada iPhone, iPad, atau Mac lain, sentiasa daftar masuk menggunakan Apple ID yang sama supaya anda boleh melihat semua pembelian kedai anda pada Mac ini dan memuat turun sebarang kemas kini tersedia.

Anda disyorkan untuk menggunakan Apple ID yang sama untuk semua perkhidmatan Apple, termasuk iTunes Store, App Store dan Apple Books.