Pemberitahuan
Pemberitahuan adalah isyarat interaktif daripada app dan macOS yang membantu anda kekal termaklum. Contohnya, apabila anda menerima panggilan FaceTime atau jemputan dalam Kalendar, atau apabila kemas kini perisian tersedia, pemberitahuan muncul di penjuru kanan atas skrin. Banyak pemberitahuan membolehkan anda membalas atau mengambil tindakan lain dalam pemberitahuan.
Anda boleh menyesuaikan pemberitahuan, atau menyahaktifkannya dalam seting Pemberitahuan. Untuk melihat pemberitahuan dalam Pusat Pemberitahuan, klik tarikh dan masa dalam bar menu di bahagian atas skrin.