Gunakan Servis Penggantian Ekspres untuk Apple TV anda
Dengan Servis Penggantian Ekspres, anda mendapat kit yang mengandungi Apple TV gantian anda dan semua yang anda perlukan untuk menghantar semula Apple TV anda.
Perihal Servis Penggantian Ekspres
Dengan Servis Penggantian Ekspres, Apple menghantar Apple TV gantian kepada anda dahulu agar anda tidak perlu menunggu pembaikan.
Selepas anda menerima Apple TV gantian anda, gunakan kotak yang sama untuk terus menghantar kembali produk anda yang asal dengan cara yang betul. Apple mesti menerima produk asal anda dalam masa sepuluh hari selepas produk gantian anda dihantar.
Produk gantian anda dilindungi selama 90 hari atau mengikut baki waranti produk asal anda, mana-mana yang lebih lama. Perlindungan ini ialah tambahan kepada apa-apa hak yang diberikan oleh undang-undang perlindungan pengguna di negara atau rantau anda atau mana-mana pelan AppleCare.
Cari tarikh pengiriman bagi produk Apple TV gantian anda
Sebelum anda mengembalikan Apple TV anda
Padamkan Apple TV anda untuk memulihkannya kepada seting kilang dan mengeluarkan maklumat peribadi anda:
Pada Apple TV anda, pergi ke Seting > Sistem (atau Umum) > Reset.
Pilih Reset (atau Reset Semua Seting).
Pastikan Apple TV anda dipasangkan kepada sumber kuasa sehingga proses reset selesai.
Bungkus Apple TV anda
Apabila anda membungkus Apple TV anda, jangan masukkan apa-apa lagi dalam kotak — seperti alat kawalan jauh, kabel atau aksesori lain. Jika anda sertakan, item tersebut tidak akan dikembalikan kepada anda.
Apple TV 4K generasi ke-2, Apple TV 4K generasi pertama dan Apple TV HD
Masukkan peranti anda ke dalam beg gentian, kemudian buka sisipan kadbod dan letakkan peranti yang telah dibungkus di tapak kotak di bawah sisipan. Jangan letakkan peranti di dalam kotak tanpa membuka sisipan.
Tutup sisipan, pastikan kedua-dua tab kunci pada sisipan telah pasangkan pada kotak.
Tutup kotak itu. Pastikan pelekat bateri ditampal rata pada kotak dan tidak ditutup oleh pita atau label pengiriman.
Apple TV 4K generasi ke-3
Cabut palam Apple TV anda dan letakkan di dalam kotak produk, kemudian tutup penutup.
Letakkan kotak produk dalam sisipan di dalam kotak pengiriman.
Kirim kotak kepada Apple. Pastikan pelekat bateri ditampal rata pada kotak dan tidak ditutup oleh pita atau label pengiriman.
Kirimkan Apple TV anda kepada Apple
Kurier akan membawa kotak untuk mengambil Apple TV anda. Hanya sertakan Apple TV anda. Jangan sertakan sebarang aksesori — seperti alat kawalan jauh, kabel atau aksesori lain. Jika anda sertakan, item tersebut tidak akan dikembalikan kepada anda. Apabila kurier tiba, ambil label Return Airway Bill (AWB) yang disediakan dan tampal pada kotak yang mereka sediakan.
Pihak kurier akan menunggu selama sepuluh minit untuk anda menyediakan dan membungkus produk anda.
Jika kurier pergi sebelum anda membungkus produk anda, aturkan kurier lain untuk mengambil peranti anda: Hubungi Khidmat Pelanggan GD Express Malaysia di talian 03-64195003 (Isnin hingga Jumaat dari 8:30 pagi hingga 5:30 petang, atau Sabtu dari 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari). Mereka akan meminta nombor daripada nombor Return AWB yang diberikan oleh kurier sebelumnya.
Pastikan anda mendapatkan bukti pengambilan daripada kurier untuk mengesahkan bahawa anda telah menghantar Apple TV anda untuk diservis.
Apple tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan semasa pengiriman.