Hantar produk Beats anda ke Apple untuk diservis

Selepas anda menghubungi Apple untuk mendapatkan khidmat servis, anda akan menerima kit yang mengandungi semua yang anda perlukan untuk memulangkan produk anda kepada Apple.

Sebelum anda memulangkan produk Beats asal anda

Alih keluar produk Beats anda daripada Akaun Apple anda:

  1. Dalam app Cari, pilih tab Peranti > produk Beats anda

  2. Leret ke atas dan ketik Alih Keluar Peranti ini, kemudian ketik Alih Keluar untuk membuat pengesahan.

Bungkuskan produk Beats anda

Apabila anda membungkus produk Beats anda, jangan masukkan barang lain dalam kotak — seperti hujung sayap, hujung telinga, kabel pengecasan atau aksesori lain. Jika anda sertakan, item tersebut tidak akan dikembalikan kepada anda.

Fon kepala atau fon telinga Beats dan sarung pengecasan

  1. Jika anda menghantar fon telinga, letakkan fon telinga anda ke dalam sarung pengecasan.

  2. Letakkan produk Beats anda dalam beg fiber putih.

  3. Dalam kotak pengiriman, buka sisipan kadbod, kemudian letakkan produk yang dibungkus di tapak kotak dan tutup sisipan. Jangan letak produk Beats anda di dalam kotak tanpa membuka sisipan.

  4. Tutup kotak pengiriman dan kedapkan kotak dengan pita yang disediakan. Pastikan pelekat bateri ditampal rata pada kotak dan tidak ditutup oleh pita atau label pengiriman.

Beats Pill

  • Jika terdapat beg yang disediakan, letakkan Beats Pill anda di dalam beg sebelum meletakkan Beats Pill di dalam kotak.

  • Pastikan pelekat bateri ditampal rata pada kotak dan tidak ditutup oleh pita atau label pengiriman.

Kirim produk Beats anda ke Apple

Kurier akan membawa kotak untuk mengambil produk Beats anda. Sertakan produk Beats anda sahaja. Jangan sertakan barang lain dalam kotak — seperti hujung sayap, hujung telinga, kabel pengecasan atau aksesori lain. Jika anda sertakan, item tersebut tidak akan dikembalikan kepada anda.

Apabila kurier tiba, ambil label Return Airway Bill (AWB) yang disediakan dan tampal pada kotak yang mereka sediakan.

  • Pihak kurier akan menunggu selama sepuluh minit untuk anda menyediakan dan membungkus produk anda.

  • Jika kurier pergi sebelum anda membungkus produk anda, aturkan kurier lain untuk mengambil peranti anda: Hubungi Khidmat Pelanggan GD Express Malaysia di talian 03-64195003 (Isnin hingga Jumaat dari 8:30 pagi hingga 5:30 petang, atau Sabtu dari 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari). Mereka akan meminta nombor daripada nombor Return AWB yang diberikan oleh kurier sebelumnya.

Pastikan anda mendapatkan bukti pengambilan daripada kurier untuk mengesahkan bahawa anda telah menghantar produk Beats anda untuk diservis.

Apple tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan semasa pengiriman.

Tarikh Diterbitkan: