Pemberitahuan apnea tidur pada Apple Watch anda
Ciri Pemberitahuan Apnea Tidur boleh mengesan gangguan pernafasan semasa anda tidur dan memberitahu anda jika terdapat tanda-tanda apnea tidur sederhana hingga teruk yang berterusan.
Perihal apnea tidur dan gangguan pernafasan
Apnea tidur merupakan satu keadaan pernafasan, iaitu anda mengalami gangguan berulang dalam pernafasan anda semasa anda tidur. Gangguan pernafasan ini agak biasa, dan orang ramai biasanya mengalami gangguan beberapa kali setiap malam. Pengambilan alkohol, penyakit pernafasan atas, dan sesetengah ubat boleh menyebabkan gangguan pernafasan yang ketara. Apabila anda memakai Apple Watch semasa tidur, peranti ini menggunakan meter pecutan untuk mengesan gangguan pernafasan. Gangguan ini dikategorikan sebagai “Ketara” atau “Tidak Ketara.” Jika anda mengalami gangguan pernafasan yang “Ketara” secara berterusan dalam tempoh penilaian 30 hari, anda akan menerima pemberitahuan yang memaklumkan bahawa tanda-tanda apnea tidur telah dikenal pasti. Jika anda belum didiagnosis dengan apnea tidur, anda harus berbincang dengan doktor anda.

Berikut merupakan perkara yang anda perlukan
Apple Watch Series 9 atau lebih baharu, Apple Watch Ultra 2 atau Apple Watch SE 3 dengan versi terkini watchOS.
Kemas kini iPhone anda kepada versi terkini iOS.
Tetapan tidur mestilah diaktifkan dengan Jejak Tidur dengan Apple Watch dihidupkan.
Anda mestilah memakai Apple Watch semasa tidur sekurang-kurangnya 10 malam dalam tempoh 30 hari. Data anda akan dianalisis setiap 30 hari.
Pemberitahuan apnea tidur direka untuk digunakan oleh individu berumur 18 tahun ke atas yang belum didiagnosis dengan apnea tidur.
Hidupkan pemberitahuan apnea tidur
Pada iPhone anda, buka aplikasi Health.
, kemudian ketik Pernafasan.
Di bawah Pemberitahuan Apnea Tidur, ketik Sediakan, kemudian ketik Seterusnya.
Sahkan Tarikh Lahir anda dan sama ada anda pernah didiagnosis dengan apnea tidur atau tidak, kemudian ketik Teruskan.
Ketik Seterusnya, kemudian ketik Selesai.
Lihat pemberitahuan apnea tidur atau gangguan pernafasan anda
Pada iPhone anda, buka aplikasi Health.
, kemudian ketik Pernafasan.
Ketik sama ada Pemberitahuan Apnea Tidur atau Gangguan Pernafasan.
Anda boleh melihat gangguan pernafasan anda untuk tempoh sebulan, 6 bulan, atau setahun yang lalu.
Jika anda menerima pemberitahuan, anda juga boleh berkongsi laporan terperinci dengan penyedia jagaan kesihatan anda. Untuk berkongsi PDF, tatal ke bawah dan ketik Eksport PDF.
Perkara yang seharusnya anda tahu
Ciri Pemberitahuan Apnea Tidur tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau membantu dalam pengurusan apnea tidur.
Tidak semua individu yang mengalami apnea tidur akan menerima pemberitahuan.
Jika anda percaya bahawa anda mengalami apnea tidur, berbincanglah dengan doktor anda.