Pemberitahuan hipertensi pada Apple Watch anda

Ciri Pemberitahuan Hipertensi dapat mengenal pasti corak tekanan darah tinggi yang kronik dan memaklumkan kepada anda tentang kemungkinan hipertensi.

Perihal pemberitahuan hipertensi

Hipertensi ialah keadaan berterusan yang boleh menyebabkan kerosakan pada jantung, saluran darah, dan organ lain anda. Apple Watch anda boleh menganalisis data yang dikumpul oleh penderia jantung optik dan memberitahu anda jika corak hipertensi dikesan. Ini dilakukan sepanjang tempoh penilaian 30 hari, bermula dari hari anda menetapkan pemberitahuan hipertensi.

iPhone dan Apple Watch memaparkan pemberitahuan kemungkinan hipertensi.

Berikut merupakan perkara yang anda perlukan

Dayakan pemberitahuan hipertensi

  1. Pada iPhone anda, buka aplikasi Health.

  2. Ketik pada ikon profil andanull di sudut atas.

  3. Di bawah Ciri, ketik Senarai Semak Kesihatan.

  4. Ketik Pemberitahuan Hipertensi.

  5. Sahkan umur anda dan jika anda pernah didiagnosis menghidap hipertensi, kemudian ketik Teruskan.

  6. Ketik Seterusnya untuk mengikuti arahan pada skrin bagi mengetahui cara pemberitahuan berfungsi.

  7. Ketik Done (Selesai).

Langkah apabila anda menerima pemberitahuan

Jika anda menerima pemberitahuan, Ciri Pemberitahuan Hipertensi pada Apple Watch anda telah mengenal pasti corak yang berkaitan dengan hipertensi dalam tempoh 30 hari terakhir daripada data jantung anda.

Anda dinasihatkan untuk berbincang tentang pemberitahuan hipertensi dan bacaan tekanan darah anda dengan profesional penjagaan kesihatan pada temu janji anda yang seterusnya. Anda juga akan digesa untuk menyediakan Log Tekanan Darah dan menggunakan alat pengukur tekanan darah pihak ketiga untuk mengukur dan menjejaki tekanan darah anda selama 7 hari.

Perkara yang seharusnya anda tahu

  • Ciri Pemberitahuan Hipertensi tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau membantu dalam pengurusan hipertensi atau keadaan lain seperti pembekuan darah, strok, fibrilasi atrium, kegagalan jantung kongestif, atau kolesterol tinggi.

  • Tidak semua orang dengan hipertensi menerima pemberitahuan.

  • Apple Watch tidak boleh mengesan serangan jantung. Jika anda mengalami kesakitan di dada, dada terasa ditekan atau ketat, atau simptom lain yang anda fikir ialah serangan jantung, hubungi perkhidmatan kecemasan dengan serta-merta.

  • Jika anda mempunyai kehamilan aktif yang dilog masuk dalam aplikasi Health, anda tidak boleh mendayakan Ciri Pemberitahuan Hipertensi.

Ciri Pemberitahuan Hipertensi tidak tersedia dengan Apple Watch SE.

Tarikh Diterbitkan: